Sunday, February 7, 2010

move on..

i hve to move on!!..haha
bru 2,3 post dh mlas nk post lg...dh bosan,ish3..biasalaa org muda,inkuiry..always trying something new..tu la aku..aritu nk bwat sgt..bila dh post skit dh mlas haha,td tgok2 blog org bru ada smgat skit..okok
lpas ni sminggu skali ok la kot..
insyaAllah..

Sunday, January 24, 2010

lawak lagi..

Pada suatu malam, ada la sorang polis tu ronda2 kat satu kawasan perumahan tu... biasa la, musim2 nak raya ni, ramai bebudak dan bapak budak yg main mercun... ada sekali tu dia jumpa sorang apek naik moto tapi x on kan lampu...
Sang polis ni pun apa lagi, dia pun tahan la apek tu dan tanya : "Apek, nape u x bukak lampu? Bahaya la camni, nanti orang langgar..." Sambil sang polis mengeluarkan buku samannya... Apek tu dengan menggelabahnya cuba la pikir apa alasan nak bagi kat mamat polis ni... Tetiba dia dapat idea lantas dia pun berkata;" Kenape nak on lampu plak, sana lampu, sini lampu, sudah terang maaa... Itu pasal saya tak on kan lampu" katanya dengan tegas...
Si mamat polis ni plak terfikir, betol gak kata apek ni, tapi dia tak puas hati pasal x dpt saman apek tu... Dia pun pikir la apa benda nak buat kat apek tu... Tetiba dia pun buang angin motor apek tu sampai kempis... Apek tu pun hangin la bila angin tayar moto dia kena buang ngan polis tu.  "Apsal lu buang wa punya angin moto" katanya sambil membuang angin... "Apa mau kisah , sana angin sini angin, u punya tayar ni tak payah ada angin la" kata polis tu dengan puas hatinya sambil membalas angin kepada apek tersebut....



 

Friday, January 22, 2010

mari berpantun

   
   
Terlajak perahu boleh diundur,     
Terlajak kereta pun boleh undur, 
Terlajak kapal terbang takde gear reverse,sori.  


bersatu kita teguh.
Bercerai kita kahwin lain.

 
    Sudahlah jatuh ditimpa tangga. 
Tertempek pula taik ayam.
Alang2 mandi biar guna sabun dan syampu.


Harimau mati meninggalkan belang,
Isteri mati meninggalkan gelang,
Suami mati meninggalkan hutang (Tu la, jangan suruh suami beli gelang secara hutang.


Sebab mulut santan binasa,
Sebab mulut juga.....nasi pun habis.


Biar putih tulang,
Jangan kuning gigi (Gosok jangan tak gosok)


Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali ada beruk atas pokok tu.


Malang tidak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tidak berbunyi.


Biar mati bini, Jangan mati anak ( Boleh kahwin lain ape)


Berakit2 kehulu, berenang2 ketepian,
Lama2 penat juga.


Harapkan pagar,
Pagar pun tak leh harap.


Hujan emas di negeri orang,

hujan batu di negeri sendiri, 
Kalau macam tu baik tak yah hujan.









jumaat..

arini aku bgun awai.,,
study ng azam,,(azam x serius) hahaha
pastu dh penat bincang biochem..rsa mcm dh jd dr btol2 dh..haha
pastu selak2 la youtube,,

tgok2 jumpak lagu ni..
rsa2 korang sdap x lagu ni?

isabella

Thursday, January 21, 2010

exam...

harini, 21.1.2010

exam, 28.1.2010

lg 6 hari ja,tkut gila aku dgar..xtau dh nk bwat cana ni.
skrang ni bwat yg tu salah,bwat yg ni pun salah,
hidup ku dh xkeruan,,haha
walaubagaimanapun,aku akan trus berjuang..

bak kata pepatah;

biar berdentur guruh dilangit,
bumi x hancur sebelum kiamat,

(curik pantun abg kasim,hahaha)


Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.

my first time..


asalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....
ni frst time aku tulis blog,so

buah keranji diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkn,
saya bdak bru belajar,
kalau salah tlong ajarkan..

hehe xsangka aku pandai menulih..:D

(humaira tu sape klau korang tau????)jeng2